Tuesday, December 03, 2013

KAU DITAKDIRKAN UNTUKKU



Belahan hati ini kini telah terisi
Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahgia di Syurga Mu







*In shaa Allah,lagu ini akan di pdgrkan masa kahwin nnti*
*smile*
*love*

Friday, November 22, 2013

SYAHID ANAK MUDA MALAYSIA



Dalam usia muda mu
Mcm2 yg kau lalui
Mcm2 yg kau korbankan
Mcm2 yg kau lakukan

Mak Abah adalah org yg paling
bangga dengan kejayaan kau.
Kau 1 dalam sejuta.

Pemergianmu membuatkan
ramai ingin 'kembali" 
seperti itu.

Wajahmu kelihatan begitu
bersih tenang dan masih 
ada peluh yg keluar slps
di mandikan & dikafankan,
Allahu.

Begitu ramai yg menyembahyangkan mu,
begitu ramai yg ingin mengusung jenazah mu,
begitu ramai yg hadir pengebumian mu
adakah aku nanti begitu ?

Moga kau di tempatkan di kalangan 
yg beriman & beramal soleh.
Moga kita menyusul bertemu
dengannya di Syurga...

AL FATIHAH........

Wednesday, October 16, 2013

MY FAV DOA



Kita suka gambar ni......
Nice sangat !

+

Ni fav doa kita

Tiap kali hujan 
pasti kita tadah tgn 
and 
ajak org lain doa jugak
sebab.....

Hujan kan waktu 
mustajab berdoa :)

Selamat beramal semua.





PENERIMA ZAKAT



Zakat adlh jumlah harta tertentu
yg wajib di keluarkan oleh org yg
beragama Islam dan di berikan kpd
golongan yg berhak menerimanya
menurut ketentuan yg telah di tetapkan
oleh syarak.Zakat merupakan
Rukun Ketiga dr Rukun Islam.


8 GOLONGAN ASNAF : 

1. FAKIR - Kais pagi makan pagi
2. MISKIN - Ada pendapatan tp tdk mencukupi
3. MUALAF - Org yg baru memeluk agama Islam
4. FI SABILILLAH - Org yg berjihad di jln Allah
5. AMIL - Org yg mentadbir & pengutip zakat
6. IBN SABIL - Org musafir t'putus bekalan
                          bagi tujuan perjalanan yg di haruskan syariah
7. GHARIMIN - Org yg berhutang yg di haruskan syariah
                          ( PTPTN,MARA)
8. MEMERDEKA KAN HAMBA



ZAKAT TERBAHAGI KPD 2 : 

Zakat Fitrah - Zakat yg wajib di keluarkan muslim menjelang Aidilfitri pd bln Ramadhan.

Zakat Maal (Harta) - Zakat yg di keluarkan seorang muslim melalui hasil Perniagaan,
Ternakan,Pertanian,Emas atau Perak yg mereka miliki.

Sunday, October 13, 2013

PUASA SUNAT HARI ARAFAH

*gambar dr zamani abe punya blog*


Esok 14 Oktober 2013 bsamaan 9 Zulhijjah
Di sunatkan berpuasa kpd org yg
tdk menunaikan Haji.

Kelebihan puasa sunat Arafah :


1. Di ampunkan dosa setahun yg lalu dan setahun yg akan datang.
2. Amalan yg terbaik yg di sukai Allah,krn ia termasuk dr 10 hari pertama
dr bulan Zulhijjah.
3. Hari yg plg bnyk di bebaskan dr Api Neraka.


In shaa Allah pd hari Selasa kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha.
Dan esok pula kita di sunatkan berpuasa.Sehari kita puasa dosa kita setahun lps 
dan setahun akan dtg di ampunkan,MasyaAllah Allahu.Bagi yg berkesempatan
dan tiada uzur mari lah kita merebut peluang sehari ini.Berdoalah apa shj yg kita
mahu,kerana esok adlh hari tanpa hijab doa kita.Doa lah utk kebaikkan di Dunia
dan di Akhirat juga.Moga amalan kita yg sedikit ini di terima yg Maha Esa,Amin.


Niat puasa : "Sahaja aku puasa sunat Hari Arafah tunai kerana Allah Ta'ala"

Saturday, October 12, 2013

ALLUGHATUL ARABIYYAH

Saya nak share simple words dlm bhs Arab,ada salah silap sila lah tunjuk ajar ye :)
Sebab saya pun Google,bdasarkan Cikgu and mana2 saya dgr,saya akan cari terus mksdnya -.-





1. Sobahul khair = Selamat Pagi
2. Masa ul khair = Selamat Petang
3. Lailatul sai'dah = Selamat Malam
4. Maasalama = Good Bye
5. Ismahlee = Excuse Me
6. Wa Ilal Liqa' = Semoga bertemu Lagi
7. Ismee = My name is
8. Sanah Helwah = Happy Birthday
9. Mabruk Ilaik = Tahniah
10. Bittaufiq Wannajah = Good Luck

1. Ana Musytaqun Ilaik = Saya rindukan awak
2. Uhibbuki Fillah = Sayang awak krn Allah
3. La Tahzan = Jgn bersedih
4. La Tahzan Inallaha Ma'ana = Jgn bersedih Allah bsama kita
5. Barakallahu Fik = Moga Allah Merahmati Kamu
6. Jazakallahu Khaira = Semoga Allah M'bls Kebaikkanmu
7. Syafakallah = Semoga Allah M'beri Kesembuhan Utkmu (Lelaki)
    Syafakillah = Semoga Allah M'beri Kesembuhan Utkmu (Perempuan)
8. Uriidu = Saya Mahu
9. Ahsanta = Tepat Sekali
10. Man Jadda Wa Jada = Siapa Buat B'sungguh2 Pasti Dapat / Pasti Berhasil
11. Zauj = Suami
      Zaujah = Isteri
12. Akhi = Abang
      Ukhti = Kakak


Contoh : Sobahul khair ya sayyidul ayyam = Selamat Pagi Penghulu Segala Hari

Saya jatuh cinta dgn Bhs Arab seriously !

*Syukran Cikgu Bhs Arab sy yg berumur 16 thn iaitu NNF (Effa) *love* 
            

Friday, October 11, 2013

WAKTU MUSTAJAB BERDOA



Ada waktu-waktu mustajab doa yg perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t. Menurut Ibn Atha,doa mempunyai beberapa rukun yg kuat menyebabkannya naik ke langit utk diterima Allah s.w.t. Rukun yg paling utama ialah hadir dari hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap doa itu ialah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertetapan dengan waktu.

Sunat ketika berdoa untuk memandang ke atas :)

Terdapat 22 waktu di makbulkan doa,iaitu :

1. Ketika Hujan
2. Ketika hendak bersolat
3. Selepas membaca Al Fatihah di dlm solat
4. Selepas mengucap "Amin" apabila selesai
membaca surah Al Fatihah
"Apabila Imam mengatakan 'Amin' sesiapa yg mengucapkan Amin
bersama dgn para Malaikat,di ampunkan dosa yg tlh lalu"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Pada waktu tengah malam terutama sepertiga
malam yang terakhir
"Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tggl sepertiga malam yg terakhir 
dan berkata : "Ada sesiapa yg memohon kpd Ku utk Ku makbulkan,
ada sesiapa yg meminta kpd Ku utk Ku berikan,ada sesiapa yg beristighfar
memohon ampun utk Ku ampunkan ?" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Waktu di antara Azan dan Iqamah
"Tidak di tolak doa di antara Azan dan Iqamah" (Hadis Riwayat Tarmizi)

7. Ketika sujud dalam solat
"Sehampir-hampir hamba kpd Tuhannya ialah pd waktu sujud,maka 
perbanyakkanlah berdoa" (Hadis Riwayat Muslim)

8. Selepas berselawat ke atas Nabi Muhamamd s.a.w
dlm Tahiyat akhir
9. Selesai solat Fardu
"Ditanya kpd Rasulullah s.a.w, Doa manakah yg di dgr Allah.Sabda Baginda 
Doa itu mustajab pd waktu malam dan selesai solat fardu" (Hadis Riwayat Tarmizi)

10. Sepanjang waktu berpuasa
Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud,"Tiga bentuk doa yg dimustajabkan Allah :
Doa ibu bapa thdp anak,doa org ygberpuasa dan doa org yg bermusafir"
(Hadis Riwayat Baihaqi)

11. Malam Al Qadar berlaku pd bulan Ramadhan
12. Ketika Khatam 30 Juz Al Quran
13. Spnjg hari Jumaat,dgn harapan bersua dengan waktu mustajab
Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Pada hari Jumaat itu ada satu waktu yg apabila 
sesorang hamba memohon kpd Allah sesuatu,maka akan diberikannya" (Hadis Riwayat Bukhari)

14. Spnjg perjalanan semasa bermusafir
Tiga bentuk doa yg pasti di makbulkan Allah iaitu : Doa org yg teraniaya,doa org yg bermusafir,
dan doa ibu bapa terhadap anaknya (Hadis Riwayat Abu Daud)

15. Pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah
Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Sebaik-baik doa adlh pd hari Arafah,dan
sebaik-baik doa yg aku dan para Nabi yg lain ucapkan ialah " Tiada Tuhan yg
sebenarnya yg layak di sembah melainkan Allah,tiada sekutu bagiNya,bagiNya
kerajaan dan pujian,dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu" 
(Hadis Riwayat Tarmizi)

16. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah Haji atau Umrah
"Org yg berjihad di jln Allah dan org yg mengerjakan Haji atau Umrah
merupakan tetamu Allah ,Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka
menjawabnya (menunaikan) mereka berdoa kpd Allah lalu Allah terimanya"
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

17. Ketika Iman meningkat kerana berbuat taat
18. Waktu menerima ujian
19. Ketika berperang kerana Allah
Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud : "Dua jenis doa yg tdk akan di tolak oleh Allah s.w.t
atau jarang2 sekali di tolak : Doa sewaktu azan dan ketika berlakunya peprangan"
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20. Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah
Ummu Salamah melaporkan,Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Apbila engkau
menziarahi org yg sakit / menziarahi jenazah,berkatalah hal2 yg baik,kerana para Malaikat
mengaminkan apa yg kamu katakan itu" (Hadis Riwayat Muslim)

21. Selepas saat kematian seseorang
Ketika Nabi menziarahi jenzah Abu Salamah
"Ssgghnya roh ssorg yg keluar dr jasadnya akan diekori oleh mata " Lalu
baginda bersabda lagi yg bermaksud : "Jgn lah kalian berdoa utk diri kalian 
melainkan perkara yg baik shj krn Malaikat mendoakan utk kalian" Baginda
kemudiannya mendoakan utk Abu Salamah"

22. Ketika Ayam Berkokok
Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Apabila kamu mendengar ayam berkokok,
mohon lah anugerah Nya,kerana ayam itu melihat Malaikat" (Hadis Riwayat Bukhari)


Thursday, October 03, 2013

KUKU BESI ICON KLMUC

Monday, September 23, 2013

SEDEKAH

Firman Allah swt yg bermaksud :
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolong utk membuat kebajikan
dan bertaqwa dan jangan lah kamu bertolong-tolongan pada melakukan 
dosa dan maksiat dan pencerobohan.Dan bertaqwalah kpd Allah kerana
sesungguhnya Allah maha berat azabNya" Surah Al Maidah : 2

Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad :
"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia,maka terputuslah
segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu Sedekah jariah,ilmu yg
bermanfaat baginya dan anak soleh yg selalu mendoakannya"

Firman Allah swt yg bermaksud :
"Perumpamaan org yg menafkah kan (bersedekah) hartanya pd jalan
Allah (akan tumbuh harta itu) spt satu biji benih,drpd sebiji benih itu Allah
akan tumbuhkan tujuh tangkai,pd setiap tangkai yg tumbuh itu Allah
akan tumbuhkan seratus biji yg lain" Surah Al Baqarah : 261


Kelebihan sedekah :

1. Menambah rezeki
2. Menolak bala / musibah
3. Menyembuhkan penyakit
4. Memanjangkan umur
5. Meninggal dlm keadaan Husnul Khatimah
(pengakhiran yg baik)


SOLAT YUK



Firman Allah swt yg bermaksud :
 "Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah
zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) 
bersama org yg rukuk" - Surah Al Baqarah:43

Dari Uqbah bin Amr RA,meriwayatkan bhw Baginda Rasulullah saw bersabda :
"Apabila seseorang berwuduk dgn sempurna kemudian menuju ke Masjid dan
duduk menunggu utk bersolat,maka malaikat yg mencatitkan kebaikan akan
datang mencatit di mana setiap langkah dia berjalan di ganjari dgn sepuluh kebaikan.
Orang yg duduk menunggu solat adalah seumpama org yg beribadat.Semenjak dia keluar
drpd rumahnya sehinggalah dia kembali adalah dikira sebagai org yg sibuk bersolat"
Hadis Riwayat Mushad Ahmad

Dri Abu Hurairah RA meriwayatkan bhw Baginda Rasul saw bersabda :
"Sesungguhnya org yg menunggu solat adlh seumpama seorang yg menunggang Kuda
nya dengan pantas menuju Medan Jihad Fisabilillah.Org yg menunggu solat adlh
seumpama org yg dilindungi oleh benteng yg besar (dr godaan nafsu dan Syaitan)"
Hadis Riwayat Ahmad dan Tabrrani

Dari Irbath bin Sarian RA meriwayatkan bhw Baginda Rasul saw telah berdoa pengampunan
untuk org yg berada di Saf yg pertama sebanyak 3 kali dan untuk saf kedua sekali.
Hadis Riwayat Ibn Majjah

Dari Barra' bin A'zib RA baginda Rasul saw bersabda :
"Sesungguhnya Allah swt dan para Malaikat menurunkan rahmat dan para
Malaikat memohon keampunan ke atas mereka yg berada di Saf yg pertama"
Hadis Riwayat Abu Daud

"Solat merupakan soalan bocor dari Allah,because the first thing yg dihisab is Solat"


IMAN DI TARIK

Tanda-tanda Iman di tarik dari Hati :

Adapun tanda-tanda pintu hati seseorang itu di tutup apabila Allah swt akan sibukkan dirinya dengan dunia yang fana ini.

Apabila Allah tidak menghendaki kita lagi :

1. Allah akan sibukkan kita dengan urusan Dunia
2. Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
3. Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
4. Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan Harta
5. Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh,
pangkat dan kuasa

Alangkah ruginya kita kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan kelak.


Sunday, September 08, 2013

MY FAV "FRIENDS"







Antara "kawan" yg saya suka :)

Sangat enjoy and bnyk input.
Cepat dapatkan.......

*Barakallahu fik*

Saturday, September 07, 2013

PEMINAT KPD PEKERJA


5 Sept 2013
Alhamdulillah :)

Macam mimpi rasanya bila dapat offer kerja
kat kedai my fav actress Kak Scha .

Tapi syg,dah nak start sem baru,so kena lah 
tolak offer tu.

Tapiii haaaa jeng jeng jeng.....

Kita dpt jugak rasa bekerja di
Schapoholic.

10am-10pm
Berpuasa dan terpaksa tutup kedai dua 
kali for Solat and iftar.

Penat tapi best :)

Thanks akak sbb percaya and bg peluang
even only for one day ! 
*muchhhh love*

 "@purpleungu30 salam. Thanks dear. Nanti kita jumpa k "
From Kak Scha :)

Tuesday, July 09, 2013

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN




"Wahai orang yang beriman,kamu di wajibkan berpuasa sebagaimana di wajibkan atas
 orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa"

Nama-nama Ramadan :

Syahrus Shiyam - Bulan puasa
Syahrul Quran - Bulan diturunkan Al Quran
Syahrul Mubarak - Bulan penuh keberkatan
Syahrul A';laa' - Bulan penuh kenikmatan
Syahrut Tilawah - Bulan membaca al Quran
Syahrus Sobri - Bulan kesabaran
Syahrur Rahmah - Bulan kasih sayang
Syahrul Muwasah - Bulan bermurah hati 
Syahrun Najah - Bulan kemenangan
Syahruj Jud - Bulan bermurah hati memberi bantuan kpd
                      fakir miskin

Hikmah Puasa :

1. Puasa adalah kasih sayang drpd Tuhan yang Maha Bijaksana.
2. Puasa dapat ditunda apabila sakit,hamil,menyusui dan juga mengembara.
3. Puasa juga dapat dibayar fidyah dan dapat di ganti.
4. Puasa tidak wajib  bagi yang haid,tua dan kanak2.
5. Puasa dikerjakan sejak dahulu kala.
6. Puasa menghasilkan jasmani yang sihat dan rohani yang sempurna.
7. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
8. Puasa seperti itu hanyalah puasa yang sia2.
9. Puasa bertujuan menambah takwa dan memperoleh Syurga.
10. Puasa menjadikan tubuh terbaik.
11. Puasa mengubah manusia menjadi mulia.
12. Puasa menjadikan jiwa raga sihat.
13. Puasa melahirkan insan yang sempurna.

Sahur :

Rasulullah berkata 

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu terdapat keberkatan"

Berbuka :

Rasulullah berkata

"Doa orang yang berbuka puasa itu tidak di tolak"

Kurma :

Sebiji Kurma mengandungi 70% - 87% Glukosa.
2% Protein. 2%-3% Lemak dan bakinya Magnesium,Sodium,
Butasium,Zat besi,Kalsium dan Vitamin A,B1,B2 dan D.

Tarawih :

Pada waktu malam,orang2 yg beriman menyendiri dgn Tuhannya,menghadap Penciptanya dan mengadu keadaan mereka seraya memohon kepadaNya.

"Cuba nekad lakukan perubahan pd diri menjelang Ramadhan,berdoa ditetapkan Iman,
in shaa Allah ia berpanjangan"

-Alhamdulillah genap setahun berhijrah,syukran Rabb-


Friday, July 05, 2013

FENOMENA MATI SURI

Mati Suri dapat dikatakan sebagai tidur panjang yang tempohnya adalah luar biasa.Mati Suri boleh jadi berhari-hari,berminggu-minggu,bahkan ada yang berbulan-bulan.Allah menidurkan sekolompok pemuda beriman selama 309 tahun di dalam Gua.Individu yang mengalami mati Suri dapat melihat fenomena alam ghaib yang belum pernah disaksikan olehnya.Ada yang melihat kisah silamnya secara nyata,yang dia sendiri mungkin suda lupa.Sekiranya peristiwa yang disaksikan itu berupa amal kebaikan,perjalanan rohnya membuatkan dia merasai kenikmatan dan ketenteraman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata mahupun tulisan.Sekiranya yang dilihat itu berupa kejahatan,rohnya pasti merasai kepedihan dan keperitan.

Penulis pernah menziarahi kawan yang sedang koma lebih kurang tiga minggu di Hospital.Menurut analisis doktor secara ujian klinikal dia dinyatakan mati kerana harapan hidupnya adalah kecil,otak dan sistem sarafnya mengalami kerosakan parah.Penulis berasa terkejut ketika masuk ke ruang ICU,penulis seola-olah melihat kembar seiras.Seorang terbaring diatas katil dan dipenuhi alat bantuan ditubuhnya.Manakala seorang lagi duduk tertunduk sedih sayu memandang jasadnya yang nazak.

Penulis sempat berdialog dengan roh tersebut :

1. Rohnya mengalami kesulitan bagi memasuki semula ke dalam tubuhnya disebabakan kecederaan akibat kemalangan dan dia sendiri berasa jijik dengan keadaan jasadnya sendiri.

2. Dia berasa belum bersedia untuk mati kerana banyak dosa dilakukan,sama ada dosa kpd Allah mahupun guru-guru yang dahulu pernah membimbingnya bagi memantapkan rohani dan dosa kpd isterinya.

Selepas beberapa hari,dia terbangun dari koma,kesihatannya pun semakin pulih.

Hikmah fenomena mati suri ini mengingatkan kita supaya selalu berwaspada dalam menjalani kehidupan di Dunia.


Saturday, June 22, 2013

KEMATIAN

"Malaikat Izrail akan datang tanpa kenal rasa hiba,menghancurkan rasa cinta,meruntuhkan kekeluargaan.Hartamu yang segunung tidak akan berkuasa menghentikannya.Hanya satu yang mampu menyelamatkan jiwamu,iaitu amalanmu.Adakah  engkau sudah bersedia untuk mati ?" 
- Dr 'Aidh al-Qarni -

"Ajal tidak akan awal sesaat,tidak juga lewat sesaat"

"Setiap makhluk yang mempunyai jiwa pasti akan merasai mati dan hanya kepada Kami kau dikembalikan"
- Al-Ankabut,57 -

"Kematian adalah tangga menuju kebahgiaan abadi.Proses kematian itu adalah perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain"

"Jangan lupakan kematian kerana kematian bukan lawan kehidupan.Kematian adalah makna kehiduoan sebenar.Kehidupan adalah proses yang menghantar manusia kepada kematian.Apabila melalui proses kematian,manusia dapat menemui hakikat hidup bersama-Nya"


Antara faktor manusia menolak "hadiah kematian" kerana :

1. Terdapat individu yg enggan mati kerana tidak mengetahui
apa yg dihadapinya slps kematian itu.

2. Dia menjangka apa yg dimilikinya skrg ini lebih baik drpd apa yg 
diperolehnya slps kematian nanti.

3. Dia membayangkan betapa sukar dan pedihnya
peristiwa kematian dan slps mati.

4. Dia terlalu bimbang memikirkan nasib keluarga yg ditinggalkannya slps mati.

5. Kurang rujukan berkaitan makna kehidupan dan kematian yg hidup.

6. Masih terlalu sedikit bekal yg dipersiapkan bagi menjalani
kehidupan akhirat yg bahagia.

7. Masih bnyk tugas dan tanggungjawab vertikal iaitu
antara manusia dan Allah dan horizontal iaitu antara manusia
sesama manusia yg masih belum terlaksana.


"Kita sekadar di persinggahan,pasti kembali kpd yg menciptakan"

Thursday, May 16, 2013

HAPPY TEACHER'S DAY



16 MEI 2013

DULU:
Buku dan pensil permulaan kami.
ABC 123 perkara pertama kami belajar.
Basic color shj yg kami tahu ketika itu.

SEKARANG:
Kami semua pakai punya gadget canggih yg membantu.
Setakat 350 pth perkataan utk essay,kami mampu lakukan.
Purple Turquoise Maroon warna fav kami.



Tadika Cahaya Murni,Kg Baru.

Sekolah Rendah Jln Gurney 1.
Sekolah Rendah Agama Kg Baru Kg Pindah.
Sekolah Rendah Agama Jln Raja Muda Musa,Kg Baru.

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah,Kg Baru.

Kolej PTPL Ampang (Diploma)
Kuala Lumpur Metropolitan University College (Degree)




SMKPW:
Puan Hamimah,Puan Mastura,Puan Faridah,Ustazah2 and Ustaz2,
serta Cikgu2 yg lain :)

Diploma:
Miss G,Miss Finny,Miss Ieta,Cik Syukri,Cik Udi.

Degree:
Miss Maisarah,Miss Poova,Puan Lala,Ustazah,
Sir Nizam,Sir Salindra,Sir Sam,Sir Mus.


TERIMA KASIH CIKGU :)


TERIMA KASIH LECTURER2 KU *love*



HARI HARI HARI IBU


12 MEI 2013

HAPPY MOTHERS DAY IBU !
HAMSIAH BINTI MOHD YUSOF *love*

Thanks for everything that you've done for me and for our family.

Tidak akan terbalas apa yg ina buat selama ini dgn 
AIR SUSU ibu utk membesarkan ina.
Kesabaran ibu dengan karenah ina dari kecil sampai skrg.
Dosa ina dengan ibu terlalu banyak.
I hope u forgive me.
Tidak pernah ina lupa utk doa kan ibu and our family.

Ibu lah yg kejut kan ina bangun tido dari kecil sampai skrg almost 23tahun.
Ibu lah yg akan call ina setiap kali ina keluar,tak kisah dengan siapapun just
nak tanya "dah mkn,dah solat,solat jaga beg,nak blk bg tau".
Ibu lah yg akan berjaga malam setiap kali we all demam.
Ibu lah yg akan masak utk we all even ibu sendiri tgh demam or sakit.
Ibu lah yg bnyk support we all in everything that we do.
Ibu lah "kamus" ina bila ina malas nak bukak kamus.
Ibu lah "chef terhebat" even mskn ibu simple.
Ibu lah "telinga" kpd mslh kami.
Ibu lah "penyelamat" segala keadaan.


Ina tau yg ibu tau
"ina harap mati and perkahwinan je yg pisahkn ina dgn ibu and ayah"
Tak sanggup rasanya nak berpisah dgn ibu ayah if just utk
belajar kerja or anything.
Thats why after PMR,Diploma and now Degree ina tak duduk asrama.
To be honest,ina tak boleh if tak tido sebumbung dgn ibu ayah :(

Dengar mcm anak bongsu,tapi ternyata anak sulung and the only Princess :)

Tak pernah lagi ina jumpa mak org lain yg mcm ibu.
The way ibu lyn kwn2 ina hafiz and hilmi,
dah mcm anak sendiri.
The way u support your 2 soldier.
Yes no one can do like u do ibu !

Ina tulis ni sbb ina tak mampu nak bdepan and ckp dgn ibu,
mungkin juga takut lebih bnyk air mata dari kata2.


NO ONE CAN REPLACE YOU IBU *love*




Tuesday, May 07, 2013

DIET COKE

1.



2.



3.

Antara gambar yg menarik dan dipilih oleh Sir :)

*In shaa Allah if Sir ada pilih lagi,will upload later*

4.


5.

Okay tau yg no 5 ni tak berapa naik tepung nya.
Hehehe :p

HIDAYAH ALLAH


Hidayah itu Milik Allah.
Hidayah bermaksud petunjuk yg di beri oleh Allah
dlm pelbagai cara dan bentuk.
Allah akan memberi Hidayah kpd siapa
shj yg dikehendaki Nya.
Maka beruntung dan bersyukurlah
jika kamu antara yg terpilih.
Something yg relate with Hati Tindakan Tingkah Laku dan Preasaan
yg tidak boleh nak diungkap dgn kata2.
Hanya diri nya shj yg mengetahui dan rasa.

Tanda seseorang itu mendapat Hidayah :

Hatinya sangat lembut.
Suka melakukan kebaikkan.
Rajin menghadiri Majlis Ilmu
(Taman2 Syurga).

Mungkin mereka yg dulunya kuat marah
KINI bersabar dlm setiap apa yg 
membuatkan mereka marah.

Mungkin mereka yg dulunya kedekut
KINI rajin bersedekah malah,
bersedekah lebih dari apa yg patut.

Mungkin mereka yg dulunya tidak suka
dengar ceramah tapi
KINI rajin menghadiri Majlis Ilmu.

Berdoalah setiap hari agar di berikan Hidayah
atau Petunjuk dari Allah.
Kerana 
"SIAPALAH KITA TANPA HIDAYAH ALLAH"


*7 tahun aku berdoa pd umur 22 baru Dia makbulkan,Alhamdulillah :)*
Yukk start doa dr skrg *love*