Monday, September 23, 2013

SEDEKAH

Firman Allah swt yg bermaksud :
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolong utk membuat kebajikan
dan bertaqwa dan jangan lah kamu bertolong-tolongan pada melakukan 
dosa dan maksiat dan pencerobohan.Dan bertaqwalah kpd Allah kerana
sesungguhnya Allah maha berat azabNya" Surah Al Maidah : 2

Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad :
"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia,maka terputuslah
segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu Sedekah jariah,ilmu yg
bermanfaat baginya dan anak soleh yg selalu mendoakannya"

Firman Allah swt yg bermaksud :
"Perumpamaan org yg menafkah kan (bersedekah) hartanya pd jalan
Allah (akan tumbuh harta itu) spt satu biji benih,drpd sebiji benih itu Allah
akan tumbuhkan tujuh tangkai,pd setiap tangkai yg tumbuh itu Allah
akan tumbuhkan seratus biji yg lain" Surah Al Baqarah : 261


Kelebihan sedekah :

1. Menambah rezeki
2. Menolak bala / musibah
3. Menyembuhkan penyakit
4. Memanjangkan umur
5. Meninggal dlm keadaan Husnul Khatimah
(pengakhiran yg baik)