Friday, July 05, 2013

FENOMENA MATI SURI

Mati Suri dapat dikatakan sebagai tidur panjang yang tempohnya adalah luar biasa.Mati Suri boleh jadi berhari-hari,berminggu-minggu,bahkan ada yang berbulan-bulan.Allah menidurkan sekolompok pemuda beriman selama 309 tahun di dalam Gua.Individu yang mengalami mati Suri dapat melihat fenomena alam ghaib yang belum pernah disaksikan olehnya.Ada yang melihat kisah silamnya secara nyata,yang dia sendiri mungkin suda lupa.Sekiranya peristiwa yang disaksikan itu berupa amal kebaikan,perjalanan rohnya membuatkan dia merasai kenikmatan dan ketenteraman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata mahupun tulisan.Sekiranya yang dilihat itu berupa kejahatan,rohnya pasti merasai kepedihan dan keperitan.

Penulis pernah menziarahi kawan yang sedang koma lebih kurang tiga minggu di Hospital.Menurut analisis doktor secara ujian klinikal dia dinyatakan mati kerana harapan hidupnya adalah kecil,otak dan sistem sarafnya mengalami kerosakan parah.Penulis berasa terkejut ketika masuk ke ruang ICU,penulis seola-olah melihat kembar seiras.Seorang terbaring diatas katil dan dipenuhi alat bantuan ditubuhnya.Manakala seorang lagi duduk tertunduk sedih sayu memandang jasadnya yang nazak.

Penulis sempat berdialog dengan roh tersebut :

1. Rohnya mengalami kesulitan bagi memasuki semula ke dalam tubuhnya disebabakan kecederaan akibat kemalangan dan dia sendiri berasa jijik dengan keadaan jasadnya sendiri.

2. Dia berasa belum bersedia untuk mati kerana banyak dosa dilakukan,sama ada dosa kpd Allah mahupun guru-guru yang dahulu pernah membimbingnya bagi memantapkan rohani dan dosa kpd isterinya.

Selepas beberapa hari,dia terbangun dari koma,kesihatannya pun semakin pulih.

Hikmah fenomena mati suri ini mengingatkan kita supaya selalu berwaspada dalam menjalani kehidupan di Dunia.