Friday, October 11, 2013

WAKTU MUSTAJAB BERDOA



Ada waktu-waktu mustajab doa yg perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t. Menurut Ibn Atha,doa mempunyai beberapa rukun yg kuat menyebabkannya naik ke langit utk diterima Allah s.w.t. Rukun yg paling utama ialah hadir dari hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap doa itu ialah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertetapan dengan waktu.

Sunat ketika berdoa untuk memandang ke atas :)

Terdapat 22 waktu di makbulkan doa,iaitu :

1. Ketika Hujan
2. Ketika hendak bersolat
3. Selepas membaca Al Fatihah di dlm solat
4. Selepas mengucap "Amin" apabila selesai
membaca surah Al Fatihah
"Apabila Imam mengatakan 'Amin' sesiapa yg mengucapkan Amin
bersama dgn para Malaikat,di ampunkan dosa yg tlh lalu"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Pada waktu tengah malam terutama sepertiga
malam yang terakhir
"Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tggl sepertiga malam yg terakhir 
dan berkata : "Ada sesiapa yg memohon kpd Ku utk Ku makbulkan,
ada sesiapa yg meminta kpd Ku utk Ku berikan,ada sesiapa yg beristighfar
memohon ampun utk Ku ampunkan ?" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Waktu di antara Azan dan Iqamah
"Tidak di tolak doa di antara Azan dan Iqamah" (Hadis Riwayat Tarmizi)

7. Ketika sujud dalam solat
"Sehampir-hampir hamba kpd Tuhannya ialah pd waktu sujud,maka 
perbanyakkanlah berdoa" (Hadis Riwayat Muslim)

8. Selepas berselawat ke atas Nabi Muhamamd s.a.w
dlm Tahiyat akhir
9. Selesai solat Fardu
"Ditanya kpd Rasulullah s.a.w, Doa manakah yg di dgr Allah.Sabda Baginda 
Doa itu mustajab pd waktu malam dan selesai solat fardu" (Hadis Riwayat Tarmizi)

10. Sepanjang waktu berpuasa
Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud,"Tiga bentuk doa yg dimustajabkan Allah :
Doa ibu bapa thdp anak,doa org ygberpuasa dan doa org yg bermusafir"
(Hadis Riwayat Baihaqi)

11. Malam Al Qadar berlaku pd bulan Ramadhan
12. Ketika Khatam 30 Juz Al Quran
13. Spnjg hari Jumaat,dgn harapan bersua dengan waktu mustajab
Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Pada hari Jumaat itu ada satu waktu yg apabila 
sesorang hamba memohon kpd Allah sesuatu,maka akan diberikannya" (Hadis Riwayat Bukhari)

14. Spnjg perjalanan semasa bermusafir
Tiga bentuk doa yg pasti di makbulkan Allah iaitu : Doa org yg teraniaya,doa org yg bermusafir,
dan doa ibu bapa terhadap anaknya (Hadis Riwayat Abu Daud)

15. Pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah
Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Sebaik-baik doa adlh pd hari Arafah,dan
sebaik-baik doa yg aku dan para Nabi yg lain ucapkan ialah " Tiada Tuhan yg
sebenarnya yg layak di sembah melainkan Allah,tiada sekutu bagiNya,bagiNya
kerajaan dan pujian,dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu" 
(Hadis Riwayat Tarmizi)

16. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah Haji atau Umrah
"Org yg berjihad di jln Allah dan org yg mengerjakan Haji atau Umrah
merupakan tetamu Allah ,Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka
menjawabnya (menunaikan) mereka berdoa kpd Allah lalu Allah terimanya"
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

17. Ketika Iman meningkat kerana berbuat taat
18. Waktu menerima ujian
19. Ketika berperang kerana Allah
Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud : "Dua jenis doa yg tdk akan di tolak oleh Allah s.w.t
atau jarang2 sekali di tolak : Doa sewaktu azan dan ketika berlakunya peprangan"
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20. Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah
Ummu Salamah melaporkan,Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Apbila engkau
menziarahi org yg sakit / menziarahi jenazah,berkatalah hal2 yg baik,kerana para Malaikat
mengaminkan apa yg kamu katakan itu" (Hadis Riwayat Muslim)

21. Selepas saat kematian seseorang
Ketika Nabi menziarahi jenzah Abu Salamah
"Ssgghnya roh ssorg yg keluar dr jasadnya akan diekori oleh mata " Lalu
baginda bersabda lagi yg bermaksud : "Jgn lah kalian berdoa utk diri kalian 
melainkan perkara yg baik shj krn Malaikat mendoakan utk kalian" Baginda
kemudiannya mendoakan utk Abu Salamah"

22. Ketika Ayam Berkokok
Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Apabila kamu mendengar ayam berkokok,
mohon lah anugerah Nya,kerana ayam itu melihat Malaikat" (Hadis Riwayat Bukhari)