Tuesday, July 09, 2013

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN




"Wahai orang yang beriman,kamu di wajibkan berpuasa sebagaimana di wajibkan atas
 orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa"

Nama-nama Ramadan :

Syahrus Shiyam - Bulan puasa
Syahrul Quran - Bulan diturunkan Al Quran
Syahrul Mubarak - Bulan penuh keberkatan
Syahrul A';laa' - Bulan penuh kenikmatan
Syahrut Tilawah - Bulan membaca al Quran
Syahrus Sobri - Bulan kesabaran
Syahrur Rahmah - Bulan kasih sayang
Syahrul Muwasah - Bulan bermurah hati 
Syahrun Najah - Bulan kemenangan
Syahruj Jud - Bulan bermurah hati memberi bantuan kpd
                      fakir miskin

Hikmah Puasa :

1. Puasa adalah kasih sayang drpd Tuhan yang Maha Bijaksana.
2. Puasa dapat ditunda apabila sakit,hamil,menyusui dan juga mengembara.
3. Puasa juga dapat dibayar fidyah dan dapat di ganti.
4. Puasa tidak wajib  bagi yang haid,tua dan kanak2.
5. Puasa dikerjakan sejak dahulu kala.
6. Puasa menghasilkan jasmani yang sihat dan rohani yang sempurna.
7. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
8. Puasa seperti itu hanyalah puasa yang sia2.
9. Puasa bertujuan menambah takwa dan memperoleh Syurga.
10. Puasa menjadikan tubuh terbaik.
11. Puasa mengubah manusia menjadi mulia.
12. Puasa menjadikan jiwa raga sihat.
13. Puasa melahirkan insan yang sempurna.

Sahur :

Rasulullah berkata 

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu terdapat keberkatan"

Berbuka :

Rasulullah berkata

"Doa orang yang berbuka puasa itu tidak di tolak"

Kurma :

Sebiji Kurma mengandungi 70% - 87% Glukosa.
2% Protein. 2%-3% Lemak dan bakinya Magnesium,Sodium,
Butasium,Zat besi,Kalsium dan Vitamin A,B1,B2 dan D.

Tarawih :

Pada waktu malam,orang2 yg beriman menyendiri dgn Tuhannya,menghadap Penciptanya dan mengadu keadaan mereka seraya memohon kepadaNya.

"Cuba nekad lakukan perubahan pd diri menjelang Ramadhan,berdoa ditetapkan Iman,
in shaa Allah ia berpanjangan"

-Alhamdulillah genap setahun berhijrah,syukran Rabb-


Friday, July 05, 2013

FENOMENA MATI SURI

Mati Suri dapat dikatakan sebagai tidur panjang yang tempohnya adalah luar biasa.Mati Suri boleh jadi berhari-hari,berminggu-minggu,bahkan ada yang berbulan-bulan.Allah menidurkan sekolompok pemuda beriman selama 309 tahun di dalam Gua.Individu yang mengalami mati Suri dapat melihat fenomena alam ghaib yang belum pernah disaksikan olehnya.Ada yang melihat kisah silamnya secara nyata,yang dia sendiri mungkin suda lupa.Sekiranya peristiwa yang disaksikan itu berupa amal kebaikan,perjalanan rohnya membuatkan dia merasai kenikmatan dan ketenteraman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata mahupun tulisan.Sekiranya yang dilihat itu berupa kejahatan,rohnya pasti merasai kepedihan dan keperitan.

Penulis pernah menziarahi kawan yang sedang koma lebih kurang tiga minggu di Hospital.Menurut analisis doktor secara ujian klinikal dia dinyatakan mati kerana harapan hidupnya adalah kecil,otak dan sistem sarafnya mengalami kerosakan parah.Penulis berasa terkejut ketika masuk ke ruang ICU,penulis seola-olah melihat kembar seiras.Seorang terbaring diatas katil dan dipenuhi alat bantuan ditubuhnya.Manakala seorang lagi duduk tertunduk sedih sayu memandang jasadnya yang nazak.

Penulis sempat berdialog dengan roh tersebut :

1. Rohnya mengalami kesulitan bagi memasuki semula ke dalam tubuhnya disebabakan kecederaan akibat kemalangan dan dia sendiri berasa jijik dengan keadaan jasadnya sendiri.

2. Dia berasa belum bersedia untuk mati kerana banyak dosa dilakukan,sama ada dosa kpd Allah mahupun guru-guru yang dahulu pernah membimbingnya bagi memantapkan rohani dan dosa kpd isterinya.

Selepas beberapa hari,dia terbangun dari koma,kesihatannya pun semakin pulih.

Hikmah fenomena mati suri ini mengingatkan kita supaya selalu berwaspada dalam menjalani kehidupan di Dunia.