Wednesday, April 03, 2013

NERAKA ITU SEKSA

Jika hati keras dipujuk dosa
kenangkan seketika seksa neraka
jurang dalam hitam yg menyala
sumur nanah dan telaga bisa
jilatan membakar kobaran menggila
kau takkan tega di sana

Jika jiwa gelap dibujuk mazmumah
sentuh kulitmu yg tipis
mampukah kiranya ia menahan cairan besi
dapatkah ia bertahan di relau nan membuak
panas panas panasnya
70 ganda berbanding api dunia

Jika dirimu liar dirasuk nafsu
bayangkan kau dipasung jahanam
teriak tangis dan dengus berapi
di hembus dari lidah yg hangus
nafas berasap dan kau tercungap
hampir mati kau di hidupkan kembali
begitulah berulang kali

by
PAHROL MOHD JUOI

RAHMAT ALLAH ITU LUAS

Pandanglah ke bawah
untuk sedar nikmat yg melimpah
pandanglah ke atas
untuk insaf amalmu yg terbatas
moga disitu nanti takut dan harapmu bersemi

Kekadang mahmudah tidak dapat dicapai dengan amalan
tapi harus ditempa oleh kerikil ujian
sering kali kealpaan dan mazmumah diri
diperingatkan oleh kesempitan rezeki

Sejauh mana kita mengasihi manusia
dibatasi oleh seutuh kasih kita pada yg Esa
hitung kesyukuranmu
bukan kesukaranmu

Kekadang TUHAN mneyempitkan
agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan
kekadang Dia melapangkan
agar engkau tidak selalu dalam kesempitan
kekadang Dia melepaskan kau drpd kedua-duanya
agar engkau tidak bergantung kepada
sesuatu yg lain !

by 
PAHROL MOHD JUOI

PESANKU

"Marilah kita hidup
seperti orang yg menanti mati
kerana ingat mati itu
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiraya inilah detik terakhir
marilah kita mulakan semula
walau yg masih tersisa hanya sedetik cuma
namun iu lebih bermakna"

Percayalah
orang yg berhak hidup dalam ketenangan
adalah orang yg sentiasa bersedia menghadapi
kematian !

by
PAHROL MOHD JUOI

BILA BERSENDIRIAN

Bila bersendirian
jangan rasa kesepian
walau tanpa teman
kita tetap diperhatikan

Dalam gelap atau terang
ada mata yg sentiasa jaga
melihat perlakuan dan rasa
mencatat dosa atau pahala

Bila bersendirian
jangan katakan "aku sunyi"
sebaliknya selalu bisikkan di dalam hati
pada diriku sentiasa
ada Pemerhati

Bila bersendirian
teruji keikhlansan
tanpa kejian dan pujian
apakah terus ada kesetiaan
berfikir dan berzikir
dengan tulus kesunyian !

by 
PAHROL MOHD JUOI

CAHAYA HATI

Bila hati payah mengingati ALLAH
bila hati tak syukur dengan kesenangan
bila hati tak sabar dengan kesusahan
bila kurang terkesan oleh peringatan
bila cintakan diri lupakan kawan
bila cenderung pd yg haram dan dosa
suka menzalim dan menganiaya
itulah petanda hati telah buta

Paksalah hati mengingati TUHAN
belajarlah syukur dengan yg ada
hasil bersabar dengan apa yg tiada
dekati sumur ilmu cedoklah titisan peringatan
jauhilah yg haram dan syubhat
carilah bimbingan solihin terdekat
bersahabatlah dengan org yg baik
pemurah pemaaf dan bersedekah
nescaya hati kan bercahaya semula

Ingin ku melihat yg indah dan cantik
sayangnya ketika segalanya sudah nyata
aku jadi buta untuk melihatnya
mata berselubung keindahan ilusi
hati terlindung keindahan hakiki
cahaya atas cahaya
itulah cahaya yg di hati
cahaya lindung cahaya
itu cahaya yg di mata
aku terkesima !

by 
PAHROL MOHD JUOI