Saturday, October 12, 2013

ALLUGHATUL ARABIYYAH

Saya nak share simple words dlm bhs Arab,ada salah silap sila lah tunjuk ajar ye :)
Sebab saya pun Google,bdasarkan Cikgu and mana2 saya dgr,saya akan cari terus mksdnya -.-





1. Sobahul khair = Selamat Pagi
2. Masa ul khair = Selamat Petang
3. Lailatul sai'dah = Selamat Malam
4. Maasalama = Good Bye
5. Ismahlee = Excuse Me
6. Wa Ilal Liqa' = Semoga bertemu Lagi
7. Ismee = My name is
8. Sanah Helwah = Happy Birthday
9. Mabruk Ilaik = Tahniah
10. Bittaufiq Wannajah = Good Luck

1. Ana Musytaqun Ilaik = Saya rindukan awak
2. Uhibbuki Fillah = Sayang awak krn Allah
3. La Tahzan = Jgn bersedih
4. La Tahzan Inallaha Ma'ana = Jgn bersedih Allah bsama kita
5. Barakallahu Fik = Moga Allah Merahmati Kamu
6. Jazakallahu Khaira = Semoga Allah M'bls Kebaikkanmu
7. Syafakallah = Semoga Allah M'beri Kesembuhan Utkmu (Lelaki)
    Syafakillah = Semoga Allah M'beri Kesembuhan Utkmu (Perempuan)
8. Uriidu = Saya Mahu
9. Ahsanta = Tepat Sekali
10. Man Jadda Wa Jada = Siapa Buat B'sungguh2 Pasti Dapat / Pasti Berhasil
11. Zauj = Suami
      Zaujah = Isteri
12. Akhi = Abang
      Ukhti = Kakak


Contoh : Sobahul khair ya sayyidul ayyam = Selamat Pagi Penghulu Segala Hari

Saya jatuh cinta dgn Bhs Arab seriously !

*Syukran Cikgu Bhs Arab sy yg berumur 16 thn iaitu NNF (Effa) *love* 
            

Friday, October 11, 2013

WAKTU MUSTAJAB BERDOA



Ada waktu-waktu mustajab doa yg perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t. Menurut Ibn Atha,doa mempunyai beberapa rukun yg kuat menyebabkannya naik ke langit utk diterima Allah s.w.t. Rukun yg paling utama ialah hadir dari hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap doa itu ialah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertetapan dengan waktu.

Sunat ketika berdoa untuk memandang ke atas :)

Terdapat 22 waktu di makbulkan doa,iaitu :

1. Ketika Hujan
2. Ketika hendak bersolat
3. Selepas membaca Al Fatihah di dlm solat
4. Selepas mengucap "Amin" apabila selesai
membaca surah Al Fatihah
"Apabila Imam mengatakan 'Amin' sesiapa yg mengucapkan Amin
bersama dgn para Malaikat,di ampunkan dosa yg tlh lalu"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Pada waktu tengah malam terutama sepertiga
malam yang terakhir
"Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tggl sepertiga malam yg terakhir 
dan berkata : "Ada sesiapa yg memohon kpd Ku utk Ku makbulkan,
ada sesiapa yg meminta kpd Ku utk Ku berikan,ada sesiapa yg beristighfar
memohon ampun utk Ku ampunkan ?" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Waktu di antara Azan dan Iqamah
"Tidak di tolak doa di antara Azan dan Iqamah" (Hadis Riwayat Tarmizi)

7. Ketika sujud dalam solat
"Sehampir-hampir hamba kpd Tuhannya ialah pd waktu sujud,maka 
perbanyakkanlah berdoa" (Hadis Riwayat Muslim)

8. Selepas berselawat ke atas Nabi Muhamamd s.a.w
dlm Tahiyat akhir
9. Selesai solat Fardu
"Ditanya kpd Rasulullah s.a.w, Doa manakah yg di dgr Allah.Sabda Baginda 
Doa itu mustajab pd waktu malam dan selesai solat fardu" (Hadis Riwayat Tarmizi)

10. Sepanjang waktu berpuasa
Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud,"Tiga bentuk doa yg dimustajabkan Allah :
Doa ibu bapa thdp anak,doa org ygberpuasa dan doa org yg bermusafir"
(Hadis Riwayat Baihaqi)

11. Malam Al Qadar berlaku pd bulan Ramadhan
12. Ketika Khatam 30 Juz Al Quran
13. Spnjg hari Jumaat,dgn harapan bersua dengan waktu mustajab
Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Pada hari Jumaat itu ada satu waktu yg apabila 
sesorang hamba memohon kpd Allah sesuatu,maka akan diberikannya" (Hadis Riwayat Bukhari)

14. Spnjg perjalanan semasa bermusafir
Tiga bentuk doa yg pasti di makbulkan Allah iaitu : Doa org yg teraniaya,doa org yg bermusafir,
dan doa ibu bapa terhadap anaknya (Hadis Riwayat Abu Daud)

15. Pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah
Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Sebaik-baik doa adlh pd hari Arafah,dan
sebaik-baik doa yg aku dan para Nabi yg lain ucapkan ialah " Tiada Tuhan yg
sebenarnya yg layak di sembah melainkan Allah,tiada sekutu bagiNya,bagiNya
kerajaan dan pujian,dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu" 
(Hadis Riwayat Tarmizi)

16. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah Haji atau Umrah
"Org yg berjihad di jln Allah dan org yg mengerjakan Haji atau Umrah
merupakan tetamu Allah ,Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka
menjawabnya (menunaikan) mereka berdoa kpd Allah lalu Allah terimanya"
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

17. Ketika Iman meningkat kerana berbuat taat
18. Waktu menerima ujian
19. Ketika berperang kerana Allah
Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud : "Dua jenis doa yg tdk akan di tolak oleh Allah s.w.t
atau jarang2 sekali di tolak : Doa sewaktu azan dan ketika berlakunya peprangan"
(Hadis Riwayat Abu Daud)

20. Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah
Ummu Salamah melaporkan,Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Apbila engkau
menziarahi org yg sakit / menziarahi jenazah,berkatalah hal2 yg baik,kerana para Malaikat
mengaminkan apa yg kamu katakan itu" (Hadis Riwayat Muslim)

21. Selepas saat kematian seseorang
Ketika Nabi menziarahi jenzah Abu Salamah
"Ssgghnya roh ssorg yg keluar dr jasadnya akan diekori oleh mata " Lalu
baginda bersabda lagi yg bermaksud : "Jgn lah kalian berdoa utk diri kalian 
melainkan perkara yg baik shj krn Malaikat mendoakan utk kalian" Baginda
kemudiannya mendoakan utk Abu Salamah"

22. Ketika Ayam Berkokok
Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : "Apabila kamu mendengar ayam berkokok,
mohon lah anugerah Nya,kerana ayam itu melihat Malaikat" (Hadis Riwayat Bukhari)


Thursday, October 03, 2013

KUKU BESI ICON KLMUC

Monday, September 23, 2013

SEDEKAH

Firman Allah swt yg bermaksud :
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolong utk membuat kebajikan
dan bertaqwa dan jangan lah kamu bertolong-tolongan pada melakukan 
dosa dan maksiat dan pencerobohan.Dan bertaqwalah kpd Allah kerana
sesungguhnya Allah maha berat azabNya" Surah Al Maidah : 2

Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad :
"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia,maka terputuslah
segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu Sedekah jariah,ilmu yg
bermanfaat baginya dan anak soleh yg selalu mendoakannya"

Firman Allah swt yg bermaksud :
"Perumpamaan org yg menafkah kan (bersedekah) hartanya pd jalan
Allah (akan tumbuh harta itu) spt satu biji benih,drpd sebiji benih itu Allah
akan tumbuhkan tujuh tangkai,pd setiap tangkai yg tumbuh itu Allah
akan tumbuhkan seratus biji yg lain" Surah Al Baqarah : 261


Kelebihan sedekah :

1. Menambah rezeki
2. Menolak bala / musibah
3. Menyembuhkan penyakit
4. Memanjangkan umur
5. Meninggal dlm keadaan Husnul Khatimah
(pengakhiran yg baik)


SOLAT YUK



Firman Allah swt yg bermaksud :
 "Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah
zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) 
bersama org yg rukuk" - Surah Al Baqarah:43

Dari Uqbah bin Amr RA,meriwayatkan bhw Baginda Rasulullah saw bersabda :
"Apabila seseorang berwuduk dgn sempurna kemudian menuju ke Masjid dan
duduk menunggu utk bersolat,maka malaikat yg mencatitkan kebaikan akan
datang mencatit di mana setiap langkah dia berjalan di ganjari dgn sepuluh kebaikan.
Orang yg duduk menunggu solat adalah seumpama org yg beribadat.Semenjak dia keluar
drpd rumahnya sehinggalah dia kembali adalah dikira sebagai org yg sibuk bersolat"
Hadis Riwayat Mushad Ahmad

Dri Abu Hurairah RA meriwayatkan bhw Baginda Rasul saw bersabda :
"Sesungguhnya org yg menunggu solat adlh seumpama seorang yg menunggang Kuda
nya dengan pantas menuju Medan Jihad Fisabilillah.Org yg menunggu solat adlh
seumpama org yg dilindungi oleh benteng yg besar (dr godaan nafsu dan Syaitan)"
Hadis Riwayat Ahmad dan Tabrrani

Dari Irbath bin Sarian RA meriwayatkan bhw Baginda Rasul saw telah berdoa pengampunan
untuk org yg berada di Saf yg pertama sebanyak 3 kali dan untuk saf kedua sekali.
Hadis Riwayat Ibn Majjah

Dari Barra' bin A'zib RA baginda Rasul saw bersabda :
"Sesungguhnya Allah swt dan para Malaikat menurunkan rahmat dan para
Malaikat memohon keampunan ke atas mereka yg berada di Saf yg pertama"
Hadis Riwayat Abu Daud

"Solat merupakan soalan bocor dari Allah,because the first thing yg dihisab is Solat"