> MENJAGA KESIHATAN : menyesuaikan diri after di latih sebulan berpuasa..
> KESABARAN : sedang kan kita boleh makan di bulan syawal..
> PENAMPAL : jika puasa fardhu kita punya cacat cela,atau kurang sempurna..
> PAHALA : seperti puasa sepanjang masa..
> BERTANGGUH : bagi wanita,ini peluang untuk mengganti puasa sekaligus dapat pahala
sunat serta dapat mengelakkan dari tangguh puasa sehingga menjelang puasa tahun akan datang..
Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)
Selamat Berpuasa Enam guys and sama2 lah kita lipatkan ganjaran pahala,InsyaAllah :))