Saturday, September 03, 2011

GANJARAN APABILA SENTIASA BERZIKIR KPD ALLAH..


Diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Allah s.w.t berfirman :

Aku adlh berdasarkan kpd sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku,Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku.Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya,nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku.Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum,nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik drpd mereka.Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal,nescaya Aku akan mendekatinya dgn jarak sehasta.Apabila dia mendekati-Ku sehasta,nescaya Aku akan mendekatinya dgn jarak sedepa.Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan biasa,nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak..