Sunday, September 08, 2013

MY FAV "FRIENDS"







Antara "kawan" yg saya suka :)

Sangat enjoy and bnyk input.
Cepat dapatkan.......

*Barakallahu fik*

Saturday, September 07, 2013

PEMINAT KPD PEKERJA


5 Sept 2013
Alhamdulillah :)

Macam mimpi rasanya bila dapat offer kerja
kat kedai my fav actress Kak Scha .

Tapi syg,dah nak start sem baru,so kena lah 
tolak offer tu.

Tapiii haaaa jeng jeng jeng.....

Kita dpt jugak rasa bekerja di
Schapoholic.

10am-10pm
Berpuasa dan terpaksa tutup kedai dua 
kali for Solat and iftar.

Penat tapi best :)

Thanks akak sbb percaya and bg peluang
even only for one day ! 
*muchhhh love*

 "@purpleungu30 salam. Thanks dear. Nanti kita jumpa k "
From Kak Scha :)

Tuesday, July 09, 2013

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN




"Wahai orang yang beriman,kamu di wajibkan berpuasa sebagaimana di wajibkan atas
 orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa"

Nama-nama Ramadan :

Syahrus Shiyam - Bulan puasa
Syahrul Quran - Bulan diturunkan Al Quran
Syahrul Mubarak - Bulan penuh keberkatan
Syahrul A';laa' - Bulan penuh kenikmatan
Syahrut Tilawah - Bulan membaca al Quran
Syahrus Sobri - Bulan kesabaran
Syahrur Rahmah - Bulan kasih sayang
Syahrul Muwasah - Bulan bermurah hati 
Syahrun Najah - Bulan kemenangan
Syahruj Jud - Bulan bermurah hati memberi bantuan kpd
                      fakir miskin

Hikmah Puasa :

1. Puasa adalah kasih sayang drpd Tuhan yang Maha Bijaksana.
2. Puasa dapat ditunda apabila sakit,hamil,menyusui dan juga mengembara.
3. Puasa juga dapat dibayar fidyah dan dapat di ganti.
4. Puasa tidak wajib  bagi yang haid,tua dan kanak2.
5. Puasa dikerjakan sejak dahulu kala.
6. Puasa menghasilkan jasmani yang sihat dan rohani yang sempurna.
7. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
8. Puasa seperti itu hanyalah puasa yang sia2.
9. Puasa bertujuan menambah takwa dan memperoleh Syurga.
10. Puasa menjadikan tubuh terbaik.
11. Puasa mengubah manusia menjadi mulia.
12. Puasa menjadikan jiwa raga sihat.
13. Puasa melahirkan insan yang sempurna.

Sahur :

Rasulullah berkata 

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu terdapat keberkatan"

Berbuka :

Rasulullah berkata

"Doa orang yang berbuka puasa itu tidak di tolak"

Kurma :

Sebiji Kurma mengandungi 70% - 87% Glukosa.
2% Protein. 2%-3% Lemak dan bakinya Magnesium,Sodium,
Butasium,Zat besi,Kalsium dan Vitamin A,B1,B2 dan D.

Tarawih :

Pada waktu malam,orang2 yg beriman menyendiri dgn Tuhannya,menghadap Penciptanya dan mengadu keadaan mereka seraya memohon kepadaNya.

"Cuba nekad lakukan perubahan pd diri menjelang Ramadhan,berdoa ditetapkan Iman,
in shaa Allah ia berpanjangan"

-Alhamdulillah genap setahun berhijrah,syukran Rabb-


Friday, July 05, 2013

FENOMENA MATI SURI

Mati Suri dapat dikatakan sebagai tidur panjang yang tempohnya adalah luar biasa.Mati Suri boleh jadi berhari-hari,berminggu-minggu,bahkan ada yang berbulan-bulan.Allah menidurkan sekolompok pemuda beriman selama 309 tahun di dalam Gua.Individu yang mengalami mati Suri dapat melihat fenomena alam ghaib yang belum pernah disaksikan olehnya.Ada yang melihat kisah silamnya secara nyata,yang dia sendiri mungkin suda lupa.Sekiranya peristiwa yang disaksikan itu berupa amal kebaikan,perjalanan rohnya membuatkan dia merasai kenikmatan dan ketenteraman yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata mahupun tulisan.Sekiranya yang dilihat itu berupa kejahatan,rohnya pasti merasai kepedihan dan keperitan.

Penulis pernah menziarahi kawan yang sedang koma lebih kurang tiga minggu di Hospital.Menurut analisis doktor secara ujian klinikal dia dinyatakan mati kerana harapan hidupnya adalah kecil,otak dan sistem sarafnya mengalami kerosakan parah.Penulis berasa terkejut ketika masuk ke ruang ICU,penulis seola-olah melihat kembar seiras.Seorang terbaring diatas katil dan dipenuhi alat bantuan ditubuhnya.Manakala seorang lagi duduk tertunduk sedih sayu memandang jasadnya yang nazak.

Penulis sempat berdialog dengan roh tersebut :

1. Rohnya mengalami kesulitan bagi memasuki semula ke dalam tubuhnya disebabakan kecederaan akibat kemalangan dan dia sendiri berasa jijik dengan keadaan jasadnya sendiri.

2. Dia berasa belum bersedia untuk mati kerana banyak dosa dilakukan,sama ada dosa kpd Allah mahupun guru-guru yang dahulu pernah membimbingnya bagi memantapkan rohani dan dosa kpd isterinya.

Selepas beberapa hari,dia terbangun dari koma,kesihatannya pun semakin pulih.

Hikmah fenomena mati suri ini mengingatkan kita supaya selalu berwaspada dalam menjalani kehidupan di Dunia.


Saturday, June 22, 2013

KEMATIAN

"Malaikat Izrail akan datang tanpa kenal rasa hiba,menghancurkan rasa cinta,meruntuhkan kekeluargaan.Hartamu yang segunung tidak akan berkuasa menghentikannya.Hanya satu yang mampu menyelamatkan jiwamu,iaitu amalanmu.Adakah  engkau sudah bersedia untuk mati ?" 
- Dr 'Aidh al-Qarni -

"Ajal tidak akan awal sesaat,tidak juga lewat sesaat"

"Setiap makhluk yang mempunyai jiwa pasti akan merasai mati dan hanya kepada Kami kau dikembalikan"
- Al-Ankabut,57 -

"Kematian adalah tangga menuju kebahgiaan abadi.Proses kematian itu adalah perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain"

"Jangan lupakan kematian kerana kematian bukan lawan kehidupan.Kematian adalah makna kehiduoan sebenar.Kehidupan adalah proses yang menghantar manusia kepada kematian.Apabila melalui proses kematian,manusia dapat menemui hakikat hidup bersama-Nya"


Antara faktor manusia menolak "hadiah kematian" kerana :

1. Terdapat individu yg enggan mati kerana tidak mengetahui
apa yg dihadapinya slps kematian itu.

2. Dia menjangka apa yg dimilikinya skrg ini lebih baik drpd apa yg 
diperolehnya slps kematian nanti.

3. Dia membayangkan betapa sukar dan pedihnya
peristiwa kematian dan slps mati.

4. Dia terlalu bimbang memikirkan nasib keluarga yg ditinggalkannya slps mati.

5. Kurang rujukan berkaitan makna kehidupan dan kematian yg hidup.

6. Masih terlalu sedikit bekal yg dipersiapkan bagi menjalani
kehidupan akhirat yg bahagia.

7. Masih bnyk tugas dan tanggungjawab vertikal iaitu
antara manusia dan Allah dan horizontal iaitu antara manusia
sesama manusia yg masih belum terlaksana.


"Kita sekadar di persinggahan,pasti kembali kpd yg menciptakan"