Saturday, February 09, 2013

DOA SIAPAKAH YG TERMAKBUL ?

This story from buku SMILE by Irma Hasmie Kisah 8.

Ada seorang lelaki yg tidak putus berdoa.Imam yg mengimamkan solat selalu menunggunya selesai berdoa.Setiap apa yg dimohon,dikabulkan segera.Dia mendapat gelaran Bibir Mutiara.Apa jua situasi,orang akan mencarinya supaya dia berdoa untuk mereka,kerana doanya makbul.

1. "Ya Tuhanku,kurniakan kpdnya kesihatan tubuh badan.Sembuhkan penyakitnya" doa Bibir Mutiara kpd seorang tua yg sudah lama tidak dpt bergerak kerana mslh saraf.

Seminggu kemudian,org tua itu dtg b'sama anaknya menemui Bibir Mutiara.Orang tua itu sudah sembuh dan boleh meggerakakn anggota tubuhnya.

2. Kemudian dtg pula ibu membawa anaknya yg masih bersekolah rendah."Anak sy ini tidak suka belajar,dia leka melakukan perkara lain.Guru pun sudah kurang sabar dgn sikapnya didlm kelas,suka mengganggu rakan lain,keluh ibu tersebut.

"Ya Tuhanku,Engkau jadikan anak ini tekun belajar,slps itu dia menggosok-gosok kepala anak itu"

Tidak lama slps itu Bibir Mutiara menerima panggilan telefon dari ibu tersebut dlm keadaan teresak-esak,"Anak sy tidak spt dahulu,dia rajin belajar disekolah.Dia mahu duduk di kerusi hdpn.Guru yg mengajar pun hairan dgn perubahan sikapnya.Saya gembira"

3. Seorang ayah bertemu dgn Bibir Mutiara,"Doakan supaya anak gadis sy yg sulung itu mudah berkahwin"
"Wahai Tuhan yg sentiasa m'dgr,Engkau tunaikan hajat bapa yg mahu anaknya m'dirikan rumah tangga ini.Biar tenang,biar lapang dada ayah ini.

Selepas pertemuan itu,tidak ada khabar berita drpdnya.Tidak tahu sama ada anak gadisnya sudah menikah ataupun masih spt itu.Bibir Mutiara tidak dpt menjejak khabar cerita drpd ayah itu.Lama juga Bibir Mutiara berfikir,"Adakah kali ini doaku tidak didengari Tuhan?"

Leka dek soalan yg tidak dpt dijawabnya sendiri,akhirnya ia mengundang padah.Bibir Mutiara dilanggar oleh kenderaan ketika melintas jln dipekan.Kecederaan pd tulangnya jelas sekali.Tgn kanan patah,kedua-dua belah kakinya pun begitu.

Pemandu yg melanggarnya dtg melawatnya setiap hari.Kata pemandu itu sambil membuka bekas mknn,"Biar berubah selera,baru hidup ada mcm2 rasa".Rupanya gadis yg melanggar Bibir Mutiara adlh anak kpd Pak Cik yg meminta mendoakan jodoh anaknya itu.Gadis ini sudah pun menemui jodoh dan berkahwin.

4. Dari tahun ke tahun itu adlh situasi Bibir Mutiara.Pada suatu ptg,Bbibir Mutiara b'kata kpd isterinya "Setiap kali doa disebut,Tuhan pasti makbulkan.Tuhan sygkn kita,kerana itu apa yg diminta,diberiNya"

Bibir Mutiara menadah tgn dan berdoa,"Wahai Tuhanku yg tidak jauh drpd ku,permudahkan isteriku dlm kelahiran pertama ini.Kurniakan anak yg sihat yg menjadi penyeri keluarga kami"

Tuhan menguji dan terus menguji.

Anak pertamanya disahkan bisu slps dilahirkan."Mengapa begitu,apakah Tuhan sudah mula tidak sygkanku?"

Seperti biasa,dia adlh org terakhir berada dimasjid,berlainan drpd hari2 biasa,imam yg menunggunya tidak lagi menunggu dia disitu."Kemana perginya imam sblm ini?"  Imam yg menggantikan imam tersebut berkata,"Tuan Imam Hanafi sudah pun meninggal dunia sebulan lalu".Imam tersebut meninggal sblm kelahiran anak Bibir Mutiara.

Imam tersebut berkata,sy pasti ada yg merindui Imam Hanafi,"Siapakah org itu?" tanya Bbibir Mutiara.Jawab imam,"Orang yg selalu disebut oleh Tuan Hanafi sbgi ahli masjid,org yg terakhir keluar dr masjid.

"Setiap kali org terakhir keluar masjid,Tuan Imam Hanafi menghadap kiblat lalu berdoa,'Wahai Tuhan yg dekatnya hati manusia kpd Mu,Engkau makbulkan setiap doa yg diucapkan oleh lelaki itu tadi'

Bibir Mutiara terdiam.Siapakah yg patut digelar Bibir Mutiara?Adakah dia yg mendoakan lalu dimakbulkan,atau Tuan Imam Hanafi yg mendoakan dia supaya doa dimakbulkan?