Friday, November 16, 2012

3


Assalammualaikum :)

Salam Maal Hijrah 1434

Hijrah itu satu pengorbanan,berkorbanlah utk yg kekal,InshaAllah :)

Hampir 4 bulan meninggalkan "pakaian" yg memberi dosa
dan skrg memilih utk berjubah / berbaju kurung shj,Alhamdulillah.

Ada diantara "pakaian" tersebut belum pun sempat di pakai,
tapi demi Dia yg satu ku tinggalkan.

Bukan senang pada mulanya utk terus tinggalkan begitu shj,
namun ku teruskan doa agar ditetapkan iman,Syukran ya Allah.

Dugaan sangat apabila keluar shopping,tapi harus tahan kan nafsu
kuatkan iman utk lihat shj.Kadangkala tergugat.Tapi pesan ku pd diri
cukuplah dengan dosa yg ada Sabrina.

Untuk memakai jubah "ke mana saja pergi" satu perkara yg mungkin org kata,
"buang tebiat ke apa" tapi bg ku tiada salahnya,malah jubah sgt menyenangkan ku.

Ke kelas ke kedai ke majlis2 ke shopping complex mane shj,ku pilih utk berjubah
and sometimes berbaju kurung.Pernah mengenakan dress with cardigan labuh but
rasa malu rasa serba tak kena rasa org kutuk dan mcm2 lagi.Bila berjubah rasa selesa
dan tenang,Alhamdulillah.

Berharap org sekeliling dapat terima,
kerana aku hanya berubah dari segi pakaian dan masih belajar utk menjadi
yg terbaik di mata Pencipta ku.

Ku berharap agar Kau terus beri petunjuk dan memimpin ku ke jalan mu ya Allah.

Astaghfirullah minnal khataya :)